Sunday, August 25, 2013

SATU CATATAN YANG DI PADAM

Assalamualikum

Blog saya adalah catatan peribadi saya, diari saya dsb. Kadang2 saya lebih suka silent reader. Statistik pengunjung blog saya bertambah disebabkan satu catatan pengalaman saya dan Hidayah tetapi hari ini saya mengambil keputusan untuk memadamkan catatan tersebut kerana merasakan mungkin ianya tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada orang lain.


Monday, August 19, 2013

PUPU

ASSALAMUALAIKUM

PUPU  -DALAM INGATAN


Pagi ni kami menangisi pemergian Pupu, kucing kesayangan kami. Kucing biasa saja (anak shasha) tapi cute, manja , nakal dan adorable. Kemanjaan kami - dia memanjakan diri dan kami memanjakannya.

Tiada lagi peneman saya menyidai baju

Tiada lagi peneman saya mengutip rambutan

Tiada lagi peneman saya mengutip sayuran di kebun comel kami

Tiada lagi peneman saya  menyiram pokok

Tiada lagi peneman saya membersihkan halaman

Sedihnya saya dan anak-anak .............

Tentunya Shasha lagi sedih....  

UMMI


For others, he may look like just another cute, adorable cat got hit by a car as they don't understand how we feel when our little friend died.
I thought we're gonna grow old together, pupu.
NINA


Monday, August 12, 2013

Hari Raya 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulilah Ramadhan telah berlalu, Syawal telah datang. Hari raya pertama dan kedua dapat beraya dengan Mak dan adik-beradik.

Anak-anak memilih warna purple kali ini. Sweet juga.
 




 
Menziarahi kubur Ayah..


 
Raya ke 3 dan ke 4  bersama Tok Yah dan Opah Nadiah di Gopeng, Perak.
Ambil kesempatan mandi di Air Terjun dekat rumah Tok Yah... sejuk dan nyaman. Alhamdulilah,
 
Tok yah sporting

Syukri Hanif





 
 
 

Sarapan di Pekan Gopeng



Pekan Gopeng View. Captured by Hidayah.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...