Thursday, July 19, 2012

Sudah Tersurat KMKN.

Assalamualaikum.

Hidayah mendapat tawaran MARA melanjutkan pelajaran dalam  Foudation Science di Kolej Mara Kuala Nerang dan insyallah seterusnya ke RCMP, Ipoh. Bersyukur dan gembira teramat sangat dengan kurniaan Allah ini. Walaubagaimana pun Hidayah tidak menunjukkan rasa gembira menerima berita gembira ini. Kemungkinan besar disebabkan dia telah pun dapat menerima kegagalan mendapat tajaan Mara sebelum ini dan gembira dengan suasana pembelajaran di UiTM. Kami meminta dia berfikir secara kritis dan menyempurnakan solat sunat Istiharah bagi mendapatkan pentunjuk Allah.

Dia kemudiannya bersetuju untuk ke KMKN dan akan keluar dari UiTM Puncak Alam pada 11 Julai 2012. Pagi 11 Julai 2012 saya mendapat SMS darinya. Ummi ... Dayah rasa saya nak teruskan pengajian di UiTM... Jatuh rasa jantung saya. Ya Allah betul ke keputusan yang dia ambil ini.

Sebenarnya , kami risau dengan persaingan sengit yang akan dihadapinya untuk melayakkan diri ke program Ijazah Perubatan di UiTM , memandangkan jumlah pelajar bijak dan cemerlang yang ramai dan ..sekiranya dia tidak mendapat tempat, kami kurang kemampuan untuk menghantar dia belajar di kolej Swasta.

Tanpa menunggu jawapan Hidayah, suami pergi menjemputnya pada pagi 11Julai 2012 kerana pendaftaran di KMKN pada 15 Julai 2012. Medical checkup belum buat dan sebagainya. Saya menunggu di rumah dengan debaran yang kuat....

Akhirnya 15 Julai 2012 Hidayah mendaftar di KMKN ....... Ada riak sedih diwajahnya tapi kami menyakinkannya , Insyaalllah dia akan menerima kawan-kawan baru dan suasana pembelajaran yang baru dan yang paling penting , pendidikan yang seimbang di antara dunia dan akhirat.

Hari ini 20 Julai 2012... saya menerima sms darinya:

Ummi.........

From the sophisticated modern, urban, comfortable Puncak Alam to this age-old, safari, country KMKN had reall gave me big task to adapt and to adopt.  In the morning , i can hear the noisy hundreds of birds as the sign of a new day, the cool mist is very obvious, the dragonflies are everywhere, at night so many insects surrounding the light, the annoying cricket chirping nonstop,  but this is the climb to sucsess. I'm in the right track eventhough it seemed hard. But in the end, insyaallah i'll have the opportunity to enjoy the exquisite view from the summit.  Please pray for me ummi, abah. I always remember you in my prayers and lots of love from Kuala Nerang........Hidayah.


Bersyukurlah anakku atas segala nikmat yang dikurniakan.....Ummi

InsyaAllah doa ummi dan abah yang tidak pernah putus , semoga Hidayah dapat menyesuaikan diri, belajar dengan selesa, mendapat kejayaan yang cemerlang dan sentiasa dirahmati dan  diberkati Allah , menjadi muslimah yang baik. Ameen..

Tuesday, July 3, 2012

Ketentuan dan pilihan

Assalamualikum
Ini cubaan pertama mengupdate blog menggunakan tabLet murah saya ni. ok gak.
2hb Julai 20012 adalahtarikh yang amat mendebarkan bagi saya dan Hidayah kerana hari ini keputusan rayuan PILN 2012 akan diumumkan.
Kami telah menukarkan tempat pengajian  semass memohoin rayuan. kali ini kami memohon Perubatan dalam negara iaitu RCMP

Saya perluj berkursus di Langkawi 2 hingga-6 Julai 2012. Semasa di airport Hidayah maklmkan keputusan tersebut telah keluar dan dia telah pun menyemakknys. She saidr.......Tahniah. Anda telah berjaya dalam permohonan. Alhamdulilah bersyukur tidak terhingga atas takdirNya ini.
Hidayah dalam dilemma. dia dah rasa seronk dengsn pembelajaran , surrounding dan kawan-kan di UiTM.Dia memerlukan masa untuk berfikir. ..Ya this crucial decision. Ya Allah berikanlah dia ppetunjuk untuk membut keputusan

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...