TRAVELOG HAJI 2010
Seperti biasa kita akan bertemu semua jemaah haji dalam kumpulan sama di Kelana Jaya. Sehinggalah mencecah kaki ke Madinah dahulu dan kemudian ke Mekah di dalam kumpulan yang sama mengikut pekej masing2.Berpeluang berjumpa dengan semua kenalan baru walaupun tidak betegur sapa,tetapi yang jelas terbayang di muka masing2 kegembiraan kerana TERPILH diantara berjuta umat manusia menjadi jemputan yang maha Esa .
Tetapi persoalannya apakah kita cukup bersedia dengan membawa sekeping hati dan sekujur jasad yg tidak pasti apakah ujian yg sedang menanti kita.Saya juga gentar menunggu ujian untuk saya yg pasti ada. Memang benar..kedua kali( pertama kali semasa umrah) mencecah kaki ke airport Madinah kesabaran telah di uji berjam-jam lama menunggu untuk kelulusan masuk. Ada yg dah mula marah2, merungut dan membebel dan ada yg masih bersabar dan tenang menunggu giliran. Tapi yg pasti masa yg dinanti akan tiba jua maka berangkatlah kami ke hotel dan di tempatkan 5 org sebilik.Berdebar juga hati untuk bertemu semua penghuni bilik kerana kata orang akan bercakaran juga jika tidak sefahaman. Bersyukur ternyata doa saya di makbulkan ALLAH kerana kami semua sehaluan.
Kami sering bersama ke Masjid Nabawi untuk mengejar 40 waktu bersolat di dalamnya. Alhamdulillah hasrat tercapai. Namun ujian pertama saya lalui ialah dengan tiba2 dihurungi beberapa ekor lalat yg entah dari mana datangnya mengganggu kekusyukan ibadah saya.Mengapa ini berlaku? Kerana di hati saya terdetik dan berkata2 alangkah malangnya berada di kalangan jemaah dari India atau Pakistan kerana badan mereka berbau busuk dan berpakaian kotor. Sertamerta itu juga bau tengik dan lalat melewati saya sepanjang waktu ibadah hingga saya tidak tenteram.Tetapi saya ingat pesanan ulamak besegerahlah mengerjakan solat taubat untuk memohon keampunanNYA. Ternyata berhasil namun saya masih di uji beberapa hari lagi dengan sentiasa di kelilingi oleh jemaah dari negeri yg sama dan seekor dua lalat mengganggu setiap kali bersolat.Namun akhirnya keadaan beransur pulih kerana saya mulai insaf dan redha di atas segala ujianya.
Melawat makam Rasulallah s.a.w juga satu cabaran tetapi dengan keazaman dan niat untuk berada dihadapan makam Nabi tercapai. Berasak-asak untuk melepasi lautan manusia lain sekadar untuk berada di atas carpet kehijauan iaitu RAUDHAH akhirnya berjaya. Bagai tidak percaya seorang polis wanita Arab yg lebih kerdil dari saya menolak saya kehadapan sekitar Raudhah sambil berkata solat..solat. Tanpa berlengah2 lagi saya mengerjakan apa yg di suruh dengan berlinangan air mata kesyukuran, keinsafan dan ketakutan. Inilah peluang yg amat berharga di mana segala doa dan harapan diluahkan... termasuklah doa untuk kesejahteraan staf JH dan PMM. InsyALLAH mudah-mudahan dimakbulkan ALLAH s.w.t berdasarkan apa yang di mohon. Oleh kerana tidak lama di sana maka tidak lah banyak peristiwa pelik berlaku.
Tibalah hari berangkat ke Mekah. Semasa kami kumpulan demi kumpulan menaiki bas saya terperanjat kerana melihat beberapa insan yg sebelum ini (di Kelana Jaya) segar bugar dan sihat walafiat terkulai layu di persada kerusi roda seolah-olah tidak bermaya walau ada di antaranya saya jangka jauh lebih muda dan sihat dari saya. Tertanya-tanya di benak saya mengapa? Jawapannya hanya ALLAH maha mengetahui sambil berdoa agar mereka segera pulih untuk meneruskan perjuangan sehingga hari Wukuf di Arafah dan seterusnya berada di Mudzalifah dan melontar jamrah di Mina.Ujian berterusan ketika berada di Mekah, jika saya tidak di uji mungkin sekadar ALLAH memberi peluang untuk melihat kekuasaannya menguji hamba-hamba NYA yg lain yg terpilih.
DI Mekah sama saja 5 org sebilik tetapi itu bukan pengukur keselesaan kita tetapi siapa roomate kita itu lah cabarannya.Seperti biasa saya lebih suka bersikap terbuka dan mudah mesra dgn orang lain.Cuma malangnya yg seorang ini lain pula kerenahnya.Dia memang hebat, boleh berbahasa Arab dan mengaji dengan suara yang lunak. Saya terpegun dengan kelebihannya dan kami sering sama2 membaca yassin dan berdoa agar perjalanan haji kami diberkati dan dipermudahkan.Namun sikapnya berubah sekelip mata menjadi pendiam dan memulaukan kami yg lain. Kami kehairanan dan tertanya2 apakah dosa dan kesalahan kami. Lalu kami yg jauh lebih senior dari nya memohon kemaafan sekira ada keterlanjuran bahasa atau tingkah laku namun tidak berhasil.Sehinggalah 5 hari sebelum berangkat ke Arafah. disuatu malam selepas dia membaca Quran dengan tiba2 dia menerjah dan memeluk saya sambil menangis dan memohon kemaafan dari kami semua. Persoalannya mengapa? Jawapan ikhlas darinya bahawa hatinya tidak tenteram dan stres kerana surah al-Quran yg di bacanya tidak habis2 walaupun niat awalnya nak di habiskan sebelum hari Wukuf. Dan yang paling malang setiba di Mekah suami nya tidak memperduli dan menjaga kebajikannya. Dia di biar berseorangan menyebabkan dia sering ketinggalan waktu2 bersolat di Masjidilharam.Suaminya somebody top management di PJ dan merupakan salah seorang yg berkerusi roda dari Madinah tadi.Ya ALLAH apkah ujian Mu... hanya Dia yang tahu apa yg terkandung di hati insan2 terpilih.
Saya dan suami meneruskan tanggung jawab harian kami berulang alik ke Masjidilharam. Jutaan manusia membuatkan saya banyak bergantung kepada suami untuk memimpin dan membawa kerusi saya untuk bersolat.Di suatu subuh, mungkin dia terlalu penat dan bosan dia meninggalkan saya berjalan sendirian. Dengan takdir ALLAH tidak semena2 saya jatuh tersungkur ke tanah dan dahi bengkak sedikit. Ya ALLAH apakah dosa ku..ampunilah aku. Itulah yg terlintas di hati saya. Suami saya berpatah balik untuk membantu.Moral of the story kerana terdetik di jiwa saya untuk memberontak tak mahu di pimpin dan bersangka buruk terhadap keiklasan suami yg memimpin saya setiap hari. Cepat=cepat saya mengerjakan sujud taubat dan memohon keampunaNnya dan juga dari suami. Alhamdulillah selepas kejadian itu suami saya terus memimpin setiap kali perjalanan pergi dan balik. Saya jangka ini juga merupakan ujian ke atas keikhlasan suami dalam menjalankan kewajipannya jika di perlukan tanpa mengira masa dan menjadi pengajaran kepada nya. Allahualam.
Seterusnya hari Wukuf tiba berangkatlah kami dengan penuh debaran.. apakah lagi ujian mu ya ALLAH.Ada bas yang lewat berjam-jam.Saya teperranjat kerana kami yg tiba di Arafah sudah menikmati makan tengah hari, tiba-tiba 3 daripada rakan sebilik saya muncul dengan beg pakain dan muka merah padam kepenatan. Sempat saya bertanya dan jawapan ringkas,itulah kalau naik bas dengan orang yg banyak dosa.Masyallah tahu pula mereka siapa yang banyak dosa. Saya terpinga2 sambil bertanya...siapakah yg di maksudkan. Mereka menjawab dengan nada yg geram...tu lah suami si polan yg duduk sebilik dengan kita. Barulah saya sedar rupanya roomate saya yang seorang itu tidak menaiki bas bersama suaminya....pelik dan bertambah bingung. Sepatutnya suami isteri akan di tempatkan di dalam bas yg sama. Jangkaan saya mereka mungkin tidak sehaluan...harap-harap tidak lah begitu.
Dua hari satu malam di Arafah sudah cukup menginsafkan kita jika kita mahu.Suhu kepanasan dapat di rasai tetapi darjah ketinggian suhunya berbeza2 mungkin mengikut amalan dan ketakwaan masing2.Ini dapat di ukur dari perlakuan dan tingkah laku sebahagian dari jemaah haji, contohnya mendedahkan aurat dengan membuka tudung atau telekung didepan org ramai walaupun dalam ihram,merungut2 dan menguraikan rambut kerana kepanasan, berbual-bual kosong walaupun di ajukan agar kita perlu terus berzikir sebanyak mungkin.. dan pelbagi lagi rungutan makan tak sedap, tempat tidur tak selesa, bilik air berebut dan tak bersih dan macam-macam lagi... tak berkesudahan.
Di sini apa yang saya pelajari,insaf dan sedar..ialah maha pentingnya komunikasi kita dengan manusia dan alam sekitar selain dari hubungan kita dengan ALLAH. Di sana kita sentiasa memohon keampunannNya dan nescaya di tunaikan. Tetapi bagaimana kita sesama kita, adakah bersedia untuk saling bermaafan? Takut kita di uji di sana sehingga mendedahkan keaiban diri sendiri seperti apa yg telah saya dan orang lain lihat... seorang yg berstatus Datin memungut sampah dan tuala wanita sambil membebel-bebel..padahal itu bukan tugasnya. Tugas wajibnya adalah untuk beramal ibadat sahaja dan saling membantu pada yg memerlukan. Yakinlah sehebat mana dan sebanyak manapun harta kita belum pasti amalan kita akan di terimaNYA.
Di Mudzhalifah pula kami di tempatkan di tanah lapang lebih 5 jam berzikir dan terus berzikir. DI sini saya juga berpeluang melihat pelbagai kerenah insan-insan terpilih. Ada yang boleh di contohi dan ada yang patut di tolak menggunakan akal fikiran yang waras.Pada dasarnya kita tidak habis=habis di uji kesabaran dan ketakwaan kita.Ujian masih terus berlaku ,ada yang ketinggalan bas kerana tertidur disebabkan keletihan.Bergaduh dan bermasam muka kerana berebut menaiki bas ...sudah menjadi lumrah orang kita tak kira di mana.
Setiba di Mina waktu hampir subuh, saya bersama-sama kumpulan istimewa yang terdiri dari orang hilang upaya dan warga emas kami di tempatkan di kemah paling hadapan dan berdekatan bilik air. Alhamdulillah kumpulan pertama tiba ,kelebihannya dapat memilih lokasi tempat tidur yg diingini. Saya dan mereka berehat sepuasnya kerana esok ada tugas yang lebih mencabar menunggu kami semua.
Keesokan nya adalah cabaran untuk berjalan sejauh 9 kilometer pergi dan balik dari tempat kediaman hingga tempat melontar jamrah. Saya tahu kemampuan dan keupayaan saya terbatas. Hanya yang saya boleh lakukan terus berdoa agar dapat melksanakan tugas dan tanggung jawab dengan sempurna. Alhamdulilah kerana kecekalan dan kesungguhan hati semua boleh dilakukan.Ajaibnya saya dan waega tua yg lain boleh berjalan sejauh itu dan berpatah balik dan melakukan pekara yang sama untuk ketiga-tiga jamrah pada hari=hari berikutnya walaupun tidak di nafikan ada yang pengsan. Anehnya ada yang tidak nampak jamrah walaupun besar tersergam indah, dan ada yang teragak-agak untuk melontar dan berpatah balik... saya pun tak tahu kenapa.Perlakuan ini termasuklah roomate saya suami isteri yang bersikap anih itu.
Selesai melontar kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 5 kilometer lagi kerana nak mengelakkan kesesakan lalulintas dek banjiran manusia untuk pulang ke Mekah.Setibanya di hotel saya agak terkedu kerana saya dan beberapa orang lain adalah kumpulan pertama tiba di bilik hotel. Beberapa jam kemudian baru roomates lain tiba . Yg terakhir sekali tiba ialah roomate saya yg istimewa dengan sensasinya itu dengan membawa perkhabaran bahawa ia akan pulang ke Malaysia seminggu lebih awal kerana suami nya ada tugas di Yaman. Saya dan 3 rakan lagi merelai kepulanganya dengan iringi doa agar mereka suami isteri di antara yg di anugerahkan dengan haji yang mabrur..insyallah yang pasti kita bukan penentunya. Kami yang tinggal meneruskan perjuangan ibadah... Cuma saya terus berfikir bahawa kuasa ALLAH boleh memilih untuk kita tiba ke Tanah Suci dan juga dengan kuasaNya juga ia boleh menarik semula keistimewaan itu dengan pelbagai alasan semahunya. Berdoalah agar kita tidak di dalam kumpulan yang rugi.
Apa yang saya paparkan di sini bukan berniat menunjukan kehebatan diri atau menceritakan keaiban orang lain tetapi ternyatalah pembersihan hati perlu bermula dari sekarang,Jangan tunggu sehingga kita menjadi insan yang tepinggir dan yg merugikan diri sendiri dan masyarakat. Mulailah dari sekarang sifat muhasabah diri.... tidak semuanya kita 100% sempurna dan tidak pula selalu menunding jari yang orang lain itu salah. Kita tidak akan menjadi hina kalau kita sentiasa bersedia memaafkan orang lain...Malahan kitalah insan yg paling mulia dan mendapat restu dan perlindungan dari ALAH s.w.t.....insyallah
Mantan KJH.