Friday, January 31, 2025

ACIK RUN SGD

Assalamualaikum
Macam mimpi....kejab je masa berlalu. Dah dewasa acik.  Dia pula yang merantau jauh, mencari rezeki di negara jiran setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.  Alhamdulilah. Bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya. 

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “… dan kamu tidak diberi-
kan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah al-Israk, ayat 85)

Sungguh benar .... 
Perjalanan mengandong, melahir dan membesarkan acik adalah suatu perjalanan yang tidak terjangka. Kepada Allah aku mengadu, aku meminta.  Aku berdoa memohon Allah membuka jalan bagiku membesarkan semua anak2ku termasuk acik dengan baik. Menggunakan super power seorang ibu yang Allah berikan iaitu doa mustajab.

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”

Semoga anak2ku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.
Jadikanlah mereka anak2 soleh solehah yang akan sentiasa mendoakan aku dan abahnya setiap kali solatnya.

Lindungilah mereka dari godaan syaitan, fitnah manusia dan dr segala mala petaka

Anugerahkan mereka kesihatan yang baik. Pinjamkan segala yang Engkau pinjamkan sehingga akhir hayat mereka.

Kekalkan mereka dalam iman dan matikan mereka dalam iman.

Anugerahkanlah mereka rezeki halal yang luas.

Kumpulkan kami bersama di JannahMu Ya Allah.

Semasa hidup doa ibu yang anak2 perlukan. Bila ibubapa meninggalkan dunia ini, doa anak2 pula yang kita perlukan. 

Kepada anak2ku 
Jangan lupakan kami bila sampai masanya nanti...

Saturday, December 28, 2024

Tuesday, November 19, 2024

Alhamdulilah.

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulilah. Kesyukuran tak terhingga atas rezeki yang diberi oleh Yang Maha Esa kepada ak sekeluarga. Anak2ku berjaya menamatkan pengajian dan  telah pun bekerja tetap.

Menghadiri konvo di 6 buah universiti yang berbeza juga rezeki yang tidak pernah terfikir.

1. Dr Luqman : USM-KLE India
2. Dr Nur Hidayah: UniKL RCMP
3. Nina : University of Nebraska, Lincoln, USA
4. Syukri Hanif : UniKL MSI
5. Nur Faraha : UIA
6. Nur Farhana: UiTM

Tuesday, October 1, 2024

NZ

Assalamualaikum

Tulis sini....
  Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej 

Meloncat happy. Tp nak buat keputusan bukan mudah. So many thing to consider.

Ok ke Dayah dan Sofia nanti. 

Mata abah dah pulih 100% ke. 

Menantu Adda nak bersalin..  

Hmmm
Tanya Allah lah. Solat Istikharah .
Tanya Hati......mcm2 soalan yg jawab sendiri.
Tanya Anak2 lah.
Ni jawapan mereka:

Anak2 sangat sporting. Kami je banyak sgt .

Ya Allah sekiranya baik bagi kami permudahkanlah dan berilah kami kenikmatan, kegembiran, kesyukuran atas segala rezekimu. Aamin




Monday, September 23, 2024

Berdendam

Assalamualaikum

My bad habit ..berdendam.. 
Bukan senang nak forgive and forget...

Dengar banyak ceramah, dapat byk nasihat tp belum jumpa satu nasihat yg terkesan sehingga boleh membuang perasaan negatif tu.

Mungkin perlu lebih berIstighfar, berdoa , bersangka baik. 

Ya Allah ampunkan aku, tenangkan aku, lembutkan hatiku. Aamiin

Saturday, September 21, 2024

Going To Be 5


Assalamualaikum

28.10 nanti mereka jadi ber 5.. semoga dipermudahkan urusan mereka. Selamat dan sihat kedua ibu dan anak. 

Abng Ammar dan Kakak Aisya . Kejab je masa berlalu..masa semakin suntuk.bgKu. semoga yg baik2 je takdirku

Friday, September 13, 2024

Wedding Aiman & Aisyah

Sweet betul pic ni. Wedding Dr Aiman dan Dr Aisyah. Nikah 17.8 dan Reception pada 31.08.24. 
semoga Aiman dan aisyah menjadi suami isteri yg saling membahagiakan di dunia dan akhirat. Aamiin

Aigoo saya diberi tugas as Floor Manager. Alhamdulilah menggalas dgn baik dan tak mengecewakan mereka.
Pic paling bermakna dgn adinda ku ni. Dia ni kalau ada sama , mmg happening. Alhamdulilah

Dr berdua ni menambah bilangan doktor dalam family kami. Total now 24 doktor

Lets count:
Bang Long Family: 3
Bang  Lang Family: 5
Bang Li  Family: 2
Kak Idah Fam: 2
Bang cik : 1
Kak Maya: 1
Saya: 4
Kudin : 2
Adik: 4

Total : 24 doktor
Dr 24 org ni 

2 Pakar Bius
1 Gynae
1 Family Medicine

Sedang training
1 Gynae
1 Paeds
1 Surgeon

ACIK RUN SGD

Assalamualaikum Macam mimpi....kejab je masa berlalu. Dah dewasa acik.  Dia pula yang merantau jauh, mencari rezeki di negara ji...